MyTazkirah.COM bersyukur untuk melancarkan program Cabaran 30 Hari – Ramadhan dengan Quran (30 Day Challenge – Ramadhan with Quran) tahun ini. Program ini terbuka kepada semua. Dalam program ini, pelawat akan mengikuti program mendekatkan diri dengan al-Quran dengan pelbagai aktiviti menarik.
Program ini bertujuan untuk menjadikan Ramadhan tahun ini sesuai dengan ruh ayat al-Baqarah ayat 185 dan 186 di mana Allah menerangkan Ramadhan adalah bulan al-Quran. Tidak lengkap kalau Ramadhan hanya diisi dengan puasa sahaja tanpa menghargai penurunan al-Quran kepada manusia.
Allah berfirman :
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. (2:185)
Mampukah kita menjadi hamba yang bersyukur ? Syukur akan berlaku apabila kita menyiapkan modal taqwa dengan ibadah puasa dan mendalami al-Quran di bulan yang mulia ini.
P/S: Utk diri sy sendiri berazam utk khatam bersama terjemahannya,insyaAllah..moga2 matlamat Ramadhan iaitu menghasilkan ketaqwaan itu berhasil..selamat beramal di bulan Ramadhan!
Ada yang terkeliru dengan isu sambutan malam nisfu syaaban. Ada yang berpendapat ia adalah bid’ah dan haram dengan iktikad membaca surah yasin sebanyak 3 kali dengan membawa pendapat2 ulama muktabar serta nas2 ketiadaan sambutannya. Ada pula ustaz khususnya ustaz2 berpendidikan tradisional mengatakan tidak mengapa menyambut malam nisfu syaaban dengan membaca surah yasin sebanyak 3 kali dengan niat2 tertentu.
Jawapan:
Terdapat berbagai-bagai hadis daripada Rasulullah SAW yang menyatakan keutamaan bulan Syaaban. Umpamanya seperti hadis berikut:
Aisyah ra meriwayatkan bahawa aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW meneruskan puasa setiap hari (dengan sempurna) selain daripada (hari-hari) bulan Ramadhan. Aku tidak pernah pula melihat baginda banyak berpuasa seperti (yang dilakukannya) dalam bulan Syaaban. (Bukhari:1969, Muslim:1156)
Dalam riwayat Bukhari (1970), ada juga riwayat yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW berpuasa dalam bulan Syaaban seluruhnya. Dalam hadis riwayat Muslim pula terdapat riwayat:
“Rasulullah SAW terus berpuasa dalam bulan Syaaban kecuali beberapa hari sahaja.”
Dalam hadis riwayat Ahmad (21753) dan Nasaii (2357) dalam hadis daripada Usamah bin Zaid, beliau berkata:
“Rasulullah SAW tidak berpuasa dalam bulan-bulan yang lain seperti baginda berpuasa dalam bulan Syaaban. Kemudian beliau bertanya kepada baginda: Mengapa tuan banyak berpuasa dalam bulan Syaaban dan tidak seperti pada bulan-bulan yang lain. Baginda menjawab: Itulah bulan antara Rejab dan Ramadhan. Bulan ini ialah bulan di mana amalan seseorang diangkat kepada Tuhan Rabbul ‘Aalamin Azza Wajalla. Oleh itu, aku suka kalau (pahala) amalanku diangkat kepada-Nya dalam keadaan aku berpuasa.”
Ibnu Majah (1378), meriwayatkan hadis berikut:
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tiba malam nisfu syaaban, maka hidupkanlah malamnya (dengan ibadah) dan berpuasalah pada waktu siangnya. Kerana Allah SWT turun selepas matahari terbenam ke langit dunia dan berkata: Adakah sesiapa yang memohon keampunan-Ku untuk Aku ampunkan (dosanya). Adakah sesiapa yang memohon rezeki untuk Aku berikan rezeki (kepadanya). Adakah sesiapa yang menghadapi bala bencana (yang bermunajat) untuk Aku sejahterakan dirinya. Demikianlah halnya sampai waktu terbit fajar. (Sesetengah ulama menganggap hadis ini dhaif, kerana malam yang sebegini adalah malam lailatul qadr bukan malam nisfu syaaban).
Keterangan ini menunjukkan bahawa dorongan untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT dengan membaca al-Quran ataupun solat dan sebagainya adalah untuk mengatasi amalan bid’ah yang sangat bercanggah dengan Islam seperti menjadi penonton sure heboh, Malaysian Idol. sibuk mengadakan majlis makan besar untuk menjamu selera dan menarik orang ramai supaya terus terikat menjadi penyokong parti tertentu dan lain-lain. Membaca al-Quran; apa jua surah, mengulangi bacaan dan sebagainya adalah suatu yang dituntut dalam syarak. Oleh itu, selagi malan tersebut mempunyai asas dalam Islam dan membawa maslahah syari’ah maka ia masih dalam lingkungan yang dibolehkan.
Sungguhpun begitu, perbuatan mengadakan perayaan besar secara khusus dengan mengada-ngadakan sesuatu yang tidak menjadi amalan Rasululah SAW ataupun mengadakan kegiatan2 yang bercanggah dengan syarak termasuk dalam golongan bid’ah yang dilarang.
Para alim ulama menegaskan bahawa bid’ah terbahagi kepada lima:
1. Bid’ah sebagai suatu yang wajib iaitu dalam bentuk menangkis kekeliruan golongan yang sesat atapun tugas mempelajari nahu dan sebagainya. 2. Sunat: Seperti membina sekolah dan rumah latihan, mengalunkan azan di atas mimbar dan mengadakan sesuatu amal ihsan yang tidak pernah dilakukan pada zaman leluhur silam. 3. Makruh: Seperti berlebih-lebihan menghias masjid ataupun menyepuh kitab al-Quran dengan emas. 4. Harus: Seperti mereka cipta berbagai-bagai jenis juadah atau kuih-muih untuk jamuan hari raya. 5. Haram: Seperti melakukan sesuatu yang tidak mempunyai dalil sunnah atau bercanggah dengannya atau tidak ada apa2 faedah syari’ah yang berkaitan dengannya.
Selain daripada itu membaca al-Quran, walau apa jua surah, dengan niat memohon kepada Allah SWT supaya memberi berkat dan rahmat serta mendapat pahala yang dijanjikan tidaklah salah, kerana itulah yang dituntut oleh syarak. Namun kefahaman yang jitu mengenai ajaran agama dan kefahaman yang jelas mengenai ayat-ayat al-Quran serta bagaimana ia boleh membawa kebaikan kepada umat dengan pelaksanaannya terhadap sistem perundangan, pendidikan dan kebudayaan perlu difahami dengan saksama dan betul. faedah daripada pembacaan al-Quran dapat dicapai semaksimumnya dengan pelaksanaan tuntutannya dalam realiti melalui jihad dan usaha yang berterusan.
Sebenarnya kita tidak harus tergesa-gesa untuk membid’ahkan perkara yang mempunyai asas atau dalil syarak. Kita juga tidak seharusnya begitu mudah terikut-ikut dengan amalan bid’ah yang bercanggah dengan syarak. Lingkungan dan persekitaran kini menuntut supaya umat Islam memperbanyakkan situasi yang mendorong mereka mengamalkan ajaran agama; sama ada dengan mendengar ceramah atau solat malam, membaca zikir yang ma’thur dan sebagainya. Sebab itu, sambutan maulid nabi- umpamanya- yang dipenuhi dengan acara yang bermanfaat dibolehkan dalam Islam demi kebaikan yang boleh diraih dengan kegiatan berkenaan. Wallahua’lam.
Sumber: Ustaz Abdul Ghani Shamsudin, Soal Jawab Isu-isu Mencabar Dalam Islam, Kemilau Publika.
Sungguh indah apa yang diungkapkan oleh Imam Al-Banna, ketika beliau merumuskan jalan menuju jati diri sebenar ialah dengan empat sifat: “Akhlak yang teguh, tubuh yang kuat, berfikiran intelek, mampu mencari nafkah sendiri, ” kemudian kita diarahkan pada tarbiyah diri dengan tiga sifat: “akidah yang sejahtera, ibadah yang sahih, bermujahadah pada dirinya sendiri”, sehingga dengan demikian mampu membentuk sikap positif dengan tiga sifat lainnya: “Teratur dalam urusannya, mengisi masanya, dan bermanfaat bagi orang lain.”
Wahai umat Islam, berilah perhatian kalian terhadap pembinaan jati diri dan sikap positif, gunakanlah potensi-potensi kalian, kerana umat sangat memerlukan apa yang dapat kalian berikan walaupun sedikit, bekerjalah untuk menggilapkan cita-cita kalian, dan doronglah masyarakat untuk bekerja dan berusaha, gunakanlah kesempatan sebaik mungkin .. Imam Ali ra pernah berkata: “Kesempatan berlalu seperti berlalunya awan, maka gunakanlah kesempatan tersebut sebaik-baiknya”.
Dan selidikilah realiti yang ada kerana hal tersebut merupakan sebahagian dari perencanaan,”. Imam Al-Banna menyatakan tentang sifat orang yang memiliki cita-cita yang tinggi: “Iaitu yang sentiasa berfikir, memberi perhatian yang utama, jika dijemput segera menerima, jika dipanggil segera menyahut, tidak menjauhkan diri dari medan amal, dia merasai kerehatan, keseronokan dan kenikmatannya di dalam bekerja. Matlamatnya adalah mencapai keredhaan Allah dan mendapat syurga serta menjadi sebaik-baik manusia, sebagaimana yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadis baginda: “sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat untuk manusia.”
Hindarilah sikap negatif terhadap umat manusia, kerana orang yang memiliki sikap positif sentiasa membersihkan hati mereka dari yang negatif, dan mendorong orang-orang yang bersamanya supaya memiliki sikap positif untuk bekerja. Renungkanlah apa yang diucapkan oleh orang-orang yang memiliki sikap negatif ketika melihat situasi umat seperti yang dirakamkan oleh Allah dalam FirmanNya: Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?. Lalu Al-Qur’an merakam pula apa yang diungkapkan oleh orang-orang yang berjiwa positif. Allah berfirman: “mereka menjawab: “Agar Kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa”. (Al-A’raf:164)
Apabila Israel melancarkan serangan teramat biadap ke atas Gaza pada penghujung bulan Disember 2008 dan berakhir pada 23 Januari 2009, seluruh dunia amat terkejut dan bangkit membuat bantahan yang terbesar pernah disaksikan. Bantahan dan kemarahan ini tiba-tiba reda dan berakhir apabila Israel menghentikan operasi ‘Cast lead’nya di Gaza. Meskipun media masih memberi liputan tentang kemusnahan dan penderitaan rakyat Gaza terutama pendirian Mesir yang terus menutup sempadan dan menyekat rakyat Gaza yang tercedera menyeberang di sempadan Rafah untuk mendapat rawatan, namun tumpuan kepada isu ini dalam media antarabangsa hanya bertahan sekitar dua minggu sebelum ia dilupakan samasekali. Kini isu Gaza bahkan isu Palestin kembali kepada status qou iaitu satu konflik yang berpanjangan sejak 1948 tanpa menunjukkan sebarang petanda ia dapat diselesaikan dalam masa beberapa tahun bahkan beberapa dekad akan datang. Realiti inilah yang mungkin menjadikan tumpuan terhadap isu ini turun dan naik seiring dengan insiden serangan besar-besaran atau pencerobohan regim Israel ke atas mana-mana wilayah Palestin dari masa ke semasa.
Kebetulan bulan Mei ini genaplah ulangtahun peristiwa Nakbah yang ke 62. Peristiwa Nakbah atau ‘Malapetaka besar’ dalam Bahasa Arab secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengistiharan Negara haram Israel pada 15 Mei atau disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan ‘War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan) ke atas wilayah Palestin yang mereka rampas dan kuasai dengan cara-cara penuh biadap dan kebinatangan. Apa yang berlaku, Negara Israel yang diistiharkan pada 15 Mei 1948 itu adalah kemuncak kepada penderitaan rakyat Palestin yang diusir dan terdedah kepada aksi-aksi terorisme, gerombolan bersenjata Yahudi yang di bekalkan oleh penjajah British.. Maka peristiwa Nakbah merujuk kepada pengusiran 800,000 rakyat Palestin dari rumah dan kampong halaman mereka lalu mencari perlindungan di wilayah sempadan Syria,. Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.
Kini enam puluh satu tahun peristiwa Nakbah berlalu, namun penderitaan yang ditanggung oleh 800,000 pelarian asal kini diwarisi pula oleh tidak kurang 5 juta anak-anak dan cucu-cucu mereka. Bererti, selama enam puluh tahun mereka masih menunggu dengan penuh harapan bila mereka dibenarkan pulang ke rumah-rumah mereka di Palestin. Setidak-tidaknya mereka mengharapkan waris mereka mendapat hak untuk pulang ke tanah air demi memenuhi hasrat mereka yang tidak kesampaian kerana ajal telah menjemput mereka. Jika pahlawan kemanusiaan dan hak asasi manusia terulung diraikan oleh seluruh masyarakat antarabangsa iaitu Nelson Mandela kerana sanggup menanti 30 tahun di dalam penjara untuk mengembalikan hak dan kebebasan bangsa kulit hitam Afrika Selatan yang terbelenggu akibat Sistem Apatheid, maka pejuang dan rakyat Palestin yang mendiami khemah-khemah pelarian sejak enam puluh tahun lalu lebih wajar untuk dinobatkan sebagai pahlawan hak asasi yang tidak pernah mengenal erti putus asa dan kecewa.
Kini yang menjadi masalah dari kemelut kemanusiaan ini adalah sikap dan pendirian masyarakat antarabangsa. Seluruh Negara bangsa mempunyai pandangan umum yang dibentuk hasil dari prapoganda regim zionis Israel terhadap isu ini. Yang pertama, Israel mempunyai hak untuk wujud dan keselamatan Israel dari jiran-jirannya dan sebarang usaha yang dilihat boleh mengancam keselamatan Israel, walau sekecil manapun tidak boleh dibenarkan. Kedua, rakyat Palestin yang tidak mengiktiraf Israel dan menentang pendudukan Israel dilihat sebagai musuh kepada proses damai dan ancaman kepada keamanan di timur tengah dalam konteks yang lebih luas. Ketiga Israel punya hak untuk melaksanakan program keselamatannya termasuklah melancarkan ‘pre-emptive’ strike ke atas mana-mana sasaran di timur tengah untuk menjamin keselamatannya.
Inilah cabaran terbesar yang perlu diatasi oleh masyarakat antarabangsa untuk mencabar pandangan umum yang amat berat sebelah dan memihak secara melulu kepada Israel. Kecelaruan berfikir ini digambarkan dengan baik sekali oleh Mahaguru ilmu Sejarah Barat yang bernama Arnold Toynbee di mana beliau mengatakan
“Benar dan salah di Palestin adalah sama sebagaimana di tempat-tempat lain. Masaalahnya, dunia memilih untuk mendengar pihak yang melakukan kezaliman (Israel) dan memilih untuk memekakkan telinga dari mendengar dari pihak mangsa (rakyat Palestin)”
Sesuai dengan pengamatan ini, adalah menjadi tanggungjawab masyarakat madani (civil society) untuk menilai isu ini secara objektif dan berdasarkan fakta. Isu ini tidak akan diselesaikan dengan menggunakan pendekatan memihak atau ‘sektarianism’ samada dari sudut keagamaan, kebangsaan atau politik kesukuan. Seluruh dunia harus keluar dari melihat isu ini dari perspektif ‘muslim’ lawan ‘yahudi’ atau perebutan rakyat Palestin dan rakyat Israel ke atas satu wilayah di antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan, atau perebutan ke atas Baitul Maqdis yang menempatkan Haram al-Sharif dan Masjid al-Aqsa bagi muslim dan Jerusalem dan Temple Mount bagi Yahudi.
Ia harus dilihat dari sudut undang-undang antarabangsa sebagaimana yang termaktub dalam piagam bangsa-bangsa Bersatu 1945, hak asasi sebagaimana yang dipertahankan oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 dan Konvensyen Geneva ke IV, 1949. Jika diteliti tingkah-laku regim zionis semenjak ia berdiri sebagai sebuah entiti bernama Israel, maka jelas siapa yang melakukan pelanggaran undang-undang dan konvensyen antarabangsa. Asas inilah yang digunakan dalam menilai tindak-tanduk Israel sejak 61 tahun yang lalu.
Meskipun PBB telah meluluskan Resolusi 181 yang membenarkan 55% wilayah Palestin diserahkan kepada pendatang Yahudi, namun perlaksanaan resolusi ini tidak pernah mewajarkan pendudukan Israel ke atas 45% wilayah Palestin yang selebihnya iaitu Baitul Maqdis timur, Tebing barat dan Genting Gaza. Bahkan PBB telah meluluskan Resolusi 242 dan 338 supaya Israel berundur kembali ke garisan hijau yang dilakarkan oleh Rhodes Armistice pada tahun 1949. Ini bermakna Israel wajib keluar dari wilayah Palestin yang diduduki pada tahun 1967 dan tidak ada sebarang kewajaran sedikitpun untuk Israel menguasai wilayah tersebut. Juga PBB telah meluluskan Resolusi 194 pada tahun 1949 mengizinkan pelarian Palestin pulang. Apa yang berlaku kini ialah Israel bukan sahaja tidak akur kepada resolusi-resolusi utama ini (landmark resolutions) bahkan puluhan dan ratusan resolusi yang menegaskan kembali tentang hak rakyat Palestin, bahkan telah mencabul hak rakyat Palestin di wilayah yang diduduki pada tahun 1967 dengan mendirikan kawasan perumahan ekslusif untuk kaum yahudi di atas tanah rakyat Palestin, mengusir dan merampas tanah rakyat Palestin dan kini membina tembok pemisah dari utara ke selatan Tebing Barat dalam wilayah Palestin.
Kini setelah Hamas muncul sebagai juara memperjuangkan hak rakyat Palestin yang tertindas, regim zionis melaksanakan pula program mengepung Gaza dari semua arah dan menukarnya menjadi penjara terbesar di dunia.
Dalam memperingati Nakbah pd bulan Mei 2010 ini, adalah amat penting bagi seluruh masyarakat antarabangsa mendedahkan hakikat sebenar di Palestin, supaya regim zionis tidak boleh lagi berselindung dan mempertahankan tindakan biadapnya atas alasan mempertahan ‘hak’ dan ‘keselamatn’ Israel
Orang yang hidup mengekang diri dengan satu gaya hidup, sudah tentu akan dilanda kebosanan. Ini kerana pada dasarnya jiwa manusia memang memiliki kecenderungan untuk mudah merasa bosan. Tabiat dasar setiap manusia adalah tidak suka berada dalam satu keadaan yang sama. Oleh kerana itulah, maka Allah memutar zaman dan tempat bagi manusia, memberikan berbagai bentuk makanan, minuman dan menciptakan makhluk yang beraneka ragam. Ada malam dan siang, ada dataran tinggi dan rendah, ada putih dan hitam, ada panas dan dingin, dan ada manis dan masam. Keberagaman dan perbezaan ini seringkali disebut Allah dalam beberapa firmanNya. Di antaranya Allah menyebutkan bahawa:
…dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya…(an-Nahl, 16:69)
…dari pohon kurma yang bercabang dan tidak bercabang…(ar-Ra’d, 13:4)
…yang serupa (bentuk dan warnanya) tetapi tidak sama (rasanya)…(al-An’am, 6:141)
…dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis (seperti jalan yang berwarna) putih dan merah yang beraneka macam warnanya…(Fathir, 35:27)
…dan masa-masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia…(Ali Imran, 3:140)
Malahan Bani Israil pernah merasa bosan dengan makanan mereka yang paling baik dan mengeluh kepada Allah.
…kami tidak boleh sabar (tahan) dengan satu macam makanan saja…(al-Baqarah, 2:61)
Al-makmun suatu ketika pernah dihinggapi rasa bosan di mana kadang-kala beliau membaca sambil duduk, sesekali dengan berdiri dan pada saat yang lain sambil berjalan. Dan kerana itu pula ia pernah berkata, “jiwa manusia itu dipenuhi dengan kebosanan.”
Allah SWT juga telah berfirman:
...(Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring…(Ali Imran, 3:191)
Siapa bersedia merenung sejenak dan memikirkan sesuatu yang behubung dengan ibadat, tentu dia akan menemui berbagai jenis dan ragam dalam bentuk dan makna yang terkandung di dalamnya. Dalam ibadat terdapat amalan qalbiyyah(berkaitan hati), qauliyyah(berkaitan perkataan), amaliyyah(berkaitan tindakan), maliyyah(berkaitan harta), solat, zakat, puasa, haji dan jihad. Bahkan, dalam solat ada posisi berdiri, ruku’, sujud dan duduk.
Oleh kerana itu, sesiapa yang menginginkan kepuasan, semangat yang tinggi dan produktiviti, maka hendaklah ia mempelbagaikan pekerjaannya, membaca buku yang berbagai jenis dan menjalani kehidupan ini dengan beraneka kegiatan. Misalnya ketika membaca, ia perlu pelbagaikan bacaannya, di antaranya al-Quran, tafsir, sirah Rasulullah SAW, hadith, fiqh, sejarah, sastera dan ilmu pengetahuan umum dan seumpamanya. Demikian pula dalam menjalankan kegiatan rutin harian, anda perlu menentukan bila waktu untuk beribadah, mencari hiburan, mengunjungi sahabat, menerima tetamu, berolahraga dan beriadah. Dengan ini, nescaya jiwanya akan selalu merasa segar dan ceria, kerana dia melakukan kepelbagaian aktiviti dan merasakan keindahan dari sesuatu yang baru.
Ada pihak yang mengatakan bahawa kita hanya perlu beramal dengan al-Quran dan tidak perlu kepada hadis nabi SAW. Adakah pendapat ini benar?
Jawapan:
Pendapat tersebut adalah pendapat dari golongan yang dikenali sebagai anti hadis. Apa yang benar ialah tiada siapa yang dapat memisahkan hadis daripada al-Quran kerana hadis adalah huraian kepada al-Quran. Ini jelas dalam firman Allah SWT:
وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ Maksudnya: Dan Kami turunkan kepadamu (Muhammad) al-Quran agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka .(16:44)
Firman Allah SWT lagi:
مَّن يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ ۖ وَمَن تَوَلَّىٰ فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا Maksudnya: Dan sesiapa yang taat kepada rasul, maka sesungguhnya dia telah taat kepada Allah, dan sesiapa yang berpaling, maka Kami tidak utuskan engkau (wahai Muhammad) sebagai penjaga kepada mereka .(4:80)
Seluruh kehidupan Rasullulah SAW adalah huraian kepada al-Quran bagi memudahkan umat manusia mengamalkan Islam dalam kehidupan mereka. Sepanjang hayat Baginda SAW menjelaskan kepada umat Islam agar mereka faham bagaimanakah mereka ingin memahami al-Quran seterusnya beramal dengannya dalam kehidupan seharian. Segala huraian ini dipanggil hadis atau sunnah. Menurut seorang pensyarah pengajian hadis di Universiti Jordan, Hammam Said:
Sedangkan daripada sudut sebagai sumber hukum, maka al-Quran menghalalkan dan sunnah juga menghalalkan. Al-Quran mengharamkan dan sunnah juga mengharamkan. Al-Quran menggalakkan dan sunnah juga menggalakkan. Al-Quran mengharuskan dan sunnah juga mengharuskan. Maka sunnah (hadis) adalah sama seperti al-Quran dalam syariat dan sumber hukum-hakam .
Kita tidak akan dapat memahami al-Quran jika kita tidak mengambil hadis atau sunnah sebagai panduan. Kata Yusuf al-Qaradhawi:
Sesungguhnya ibadah yang paling utama dan kefarduan harian serta syiar yang besar dalam Islam iaitu solat, tidak disebutkan maklumat terperinci mengenainya di dalam al-Quran. Tidak disebutkan jumlahnya, waktu-waktunya, jumlah rakaatnya, cara mengerjakannya dan huraian tentang syarat-syarat dan rukun-rukunnya. Semuanya diketahui dengan sunnah .
Inilah yang menjadikannnya amat penting kerana sebarang penambahan yang berlaku pada sumber kedua ini bermakana berlaku penambahan pada huraian al-Quran. Maka oleh sebab itu golongan yang jahat sejak zaman awal Islam telah berusaha mencipta hadis-hadis palsu bertujuan untuk mencemarkan kesucian Islam. Tetapi kita bersyukur kerana wujudnya segolongan ulama yang dikenali sebagai ulama hadis atau muhaddith yang sentiasa memastikan masyarakat dapat mengenali hadis-hadis yang sahih dan hadis-hadis yang tidak sahih (dhaif dan palsu).
Hadis-hadis sahih merupakan gambaran sebenar kepada kehidupan Rasulullah SAW. Golongan yang tidak mahu mengambil hadis sebagai sumber rujukan (anti hadis) sebenarnya telah melanggar perintah Allah di dalam al-Quran sendiri. Maka kita dapat membuat kesimpulan bahawa orang-orang yang hanya ingin menggunakan al-Quran tanpa panduan hadis adalah golongan yang tidak memahami al-Quran. Mereka terpengaruh dengan pemikiran kebanyakan pemikir barat yang sentiasa inginkan umat Islam jauh dari ajaran Islam. Semoga Allah melindungi umat Islam daripada terpengaruh dengan pemikiran yang merosakkan ini.
Di antara sumber yang memberikan kita maklumat untuk menolak tuduhan golongan anti hadis ialah:
20 Hujah Anti Hadith dan Jawapannya oleh Hafiz Firdaus Abdullah (cetakan Jahabersa). Boleh di download e-booknya di www.hafizfirdaus.com Al Sunnah Wa Makanatuha Fi al Tasyri’ oleh Dr. Mustofa al Sibaei. (*saya memiliki terjemahannya bertajuk, Al-Hadith Sebagai Sumber Hukum-jika ada yang ingin meminjamnya dialu-alukan-hakim)
*Petikan buku 20 Persoalan Asas Tentang Hadis (cetakan Jahabersa) *Ustaz Adlan Abdul Aziz memperolehi Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dari Universiti Al-Bayt, Jordan. Pernah berguru dengan al-Syeikh Syu’aib al-Arnaut, tokoh hadis zaman kini. Beberapa artikel beliau disiarkan di dalam Majalah I terbitan Karangkraf dan al-ahkam.net di mana beliau adalah salah seorang moderator.
Ketua Persatuan Ulama Muslimin Antarabangsa, Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi, telah mengeluarkan fatwa bahawa pembangunan tembok besi yang sedang dilakukan oleh kerajaan Mesir di persempadanan Mesir-Gaza adalah haram berdasarkan syari’ah.
Al Qaradhawi menegaskan dalam kenyataannya bahawa pembangunan tembok besi itu adalah perbuatan yang diharamkan menurut syari’ah, kerana ianya bertujuan menghalangi rakyat Gaza dari mendapatkan bahan keperluan asasi bagi menruskan kehidupan mereka, seterusnya menjadi penyambung kepada sekatan yang telah dikenakan ke atas mereka.
Situasi ini akan semakin membuatkan warga Gaza semakin kelaparan, terhina dan tertindas; yang mana semua hal tersebut dilakukan demi memenuhi dan mempersetujui permintaan Israel.
Apakah keadaan terkini Palestin?
Ya. Kalau diperiksa-periksa akhbar dan media massa, kemungkinan hampir tiada berita terkini Palestin. Tiada cerita berkenaannya. Seakan-akan hari tanpa berita adalah hari Palestin damai tanpa pertumpahan darah.
Tetapi itulah dia kesilapan dunia. Sedang hari-hari di Palestin ada sahaja yang tumpah darahnya, hilang anggotanya, dan lebih teruk lagi melayang nyawanya. Namun itu semua tidak lagi menjadi perhatian kita.
“Ala, biasa la tu”
Mungkin itu pula yang meniti di bibir kita. Pembunuhan seorang islam itu biasa? MasyaAllah. Hingga begini sekali jiwa kita dibius. Hingga terasa kebas, dan tidak mampu lagi hendak bergetar atas penderitaan saudara dalam keimanan kita.
Palestin kini semakin tenat dan semakin tenat. Tembok yang dibina oleh Israel mengelilingi Gaza telah menyekat segala bantuan. Lebih menyedihkan, Mesir, sebuah negara Islam telah membutakan mata menyimpan tangan dari membantu saudara keimanan, dan lebih teruk telah membantu Israel dalam menyekat sempadan dari melepaskan bantuan.
Sekarang ini, berdiam diri tak akan mengubah apa-apa.
Satu ketumbukan telah dibentuk di Malaysia. Lifeline4 Gaza.Nama Melayunya adalah Talian Hayat untuk Gaza. Lifeline4Gaza telah merasmikan sasaran mereka untuk mencapai dana RM10Juta untuk membantu projek konvoi bantuan ke Gaza yang diketuai oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan Antarabangsa Turki, Foundation for Human Rights & Freedoms & Human Releif(IHH).
Event terdekat: Perhimpunan Perdana Palestin
Program ini bertempat di: Stadium Melawati, Shah Alam.
Tarikh&Masa: 8 Mei 2010, pukul 07.00 malam – 11.30 malam.
Bayaran: Percuma. (boleh bawa wang untuk berikan sumbangan)
Sumbangan anda dialu-alukan
Lifeline4Gaza terus berusaha memberikan yang terbaik kepada saudara keimanan kita di Palestin. Misi menembus tembok yang mengelilingi Gaza diteruskan. Maka sumbangan bantuan anda kepada Palestin dalam apa jua bentuk dialu-alukan.
Sekiranya anda berminat hendak memberikan sumbangan wang kepada saudara keimanan kita di Palestin, maka bolehlah memasukkan wang kepada:
Yusuf Abdullah al-Qaradhawi hafizahullah, seorang tokoh ulama yang terkenal dalam abad ini. Beliau merupakan seorang pemikir, sarjana dan intelek kontemporari yang tidak asing lagi di dunia Islam. Beliau lebih dikenali sebagai Yusuf al-Qaradhawi. Mari kita mengenali beliau dengan lebih dekat, semoga membawa manfaat.
Dilahirkan di desa Shafat al-Turab, Mahallah al-Kubra Negeri Gharbiah, Mesir pada 9 September 1926 bersamaan 1344H. Nama penuhnya ialah Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf. Al-Qaradhawi merupakan nama keluarganya. Nama ini diambil dari sebuah daerah yang bernama al-qardhah
Ketika masih kecil, ayahandanya menghadap ke rahmatullah ketika beliau baru berumur 2 tahun. Lalu, beliau dipelihara oleh bapa saudaranya bernama Ahmad. Ketika berusia 5 tahun, Yusuf telah dihantar ke kuttab di kampungnya untuk menghafaz al-Quran. Apabila usianya menjangkau 7 tahun, beliau memasuki sekolah.
Pada umur 10 tahun, beliau sudah hafal al-Quran dengan sempurna. Kerana kemahirannya ini, justeru digelar dengan nama ‘Sheikh Qaradhawi’, oleh orang2 di sekitar kampungnya dan sering dijemput menjadi iman dan menyampaikan syarahan agama. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke Maahad Tanta. Maahad ini terletak dibawah penguasaan al-Azhar.
Semasa di Maahad Tanta, al-Qaradhawi mulai banyak membaca buku. Ia tidak hanya membatasi diri untuk membaca buku2 silibus sahaja, tetapi buku2 yang lain untuk meluaskan ufuk pemikiran dan menghilangkan kehausan terhadap ilmu pengetahuan.. Di Maahad Agama Tanta, al-Qaradhawi belajar dengan al-Bahi al-Khuli, Sheikh Mahmud al-Diftar dan Sheikh Mutawalli Sya’rawi.
Semasa beliau belajar di Maahad Agama Tanta peringat rendah, ibunya telah meninggal dunia. Ketika itu beliau berusia 15 tahun. Setelah tamat Maahad Tanta, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar.
Pada tahun 1952/1953, beliau berjaya menyelesaikan kuliah di Fakulti Usuluddin. Beliau tamat dengan menjadi pelajar terbaik dari 180 orang mahasiswa. Yusuf kemudiannya mengambil pengkhususan di fakulti Bahasa Arab selama dua tahun. Beliau memperolehi ijazah sarjana dan diploma pendidikan dengan pangkat pertama daripada 500 orang mahasiswa.
Pada tahun 1957, beliau menyambung pelajaran ke Akademi Kajian Bahasa Arab Tinggi yang dikelolakan oleh Liga Arab sehingga memperolehi diploma Bahasa Arab dan Sastera. Dalam waktu yang sama, Yusuf mendaftar calon ijazah tinggi di Fakulti Usuluddin dalam bidang tafsir dan hadith sehingga menamatkan pengajian pada tahun 1960. Kemudian, beliau menyiapkan diri untuk mendapatkan untuk mendapatkan Ph.D dalam fiqh al-Zakat yang diwajibkan untuk diselesaikan dalam masa dua tahun. Oleh kerana keadaan politik Mesir cukup gawat ketika itu, beliau terpaksa menangguhkan pengajiannya selama 13 tahun. Akhirnya pada tahun 1973, beliau berhasil memperolehi ijazah Ph.D.
Menurut Yusuf al-Qaradhawi, peribadi yang banyak memberi kesan kepada kehidupannya sama ada dalam pemikiran dan spiritual ialah Hassan al-Banna, pengasas gerakan Ikhwan Muslimun. Yusuf menyifatkan al-Banna sebagai pendakwah yang agung dan mempunyai keperibadian yang sederhana sama ada dalam penulisan atau percakapan. Yusuf menceritakan bahawa beliau mendengar ceramah al-banna semasa menuntut di mahaad Agama peringkat rendah sempena sambutan Hijrah. Maka didapati ucapannya begitu mudah sehingga boleh menghafaznya pada hari itu. Beliau mempunyai ilmu yang luas. Dalam majalah al-Shahab, al-Banna menulis mengenai tafsir, akidah, mustalah hadith, sejarah Islam dan sistem2 kemasyarakatan. Tulisan2 itu ditulis dengan baik dan asli.
Selain al-Banna, al-Qardhawi juga cukup mengagumi tokoh seperti Ustaz al-Bahi al-Khuli dan Muhammad al-Ghazali. Kedua-dua tokoh tersebut merupakan tokoh yang mendapat didikan daripada gerakan Ikhwan. Menurut al-Qaradhawi bahawa didikan gerakan Ikhwan lebih memberi kesan kepada jiwanya daripada pendidikan formal yang dipelajarinya di al-Azhar dan guru-gurunya, dengan tidak menafikan sumbangan mereka dalam membentuk peribadi dan keilmuannya.
Antara peribadi yang memberi kesan kepada jiwanya juga ialah Sheikh Rashid Rida, pengarang al-Manar. Walaupun beliau tidak pernah berjumpa, tetapi pemikiran Rashid Rida menyebabkan al-Qaradhawi mengaguminya. Rashid Rida seorang juru islah abad ini yang mengemukakan idea2 baru untuk umat Islam maju. Beliau menyarankan islah, tajdid, ijtihad dan kembali kepada al-Quran dan al-sunnah dan manhaj salaf. Beliau juga terpengaruh dengan Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qaiyim.
Dalam kebanyakkan penulisannya, al-Qaradawi sering menukilkan kata2 ketiga-tiga tokoh tersebut. Beliau menyebutkan bahawa semasa awal kehidupannya, beliau begitu mengagumi Imam Abu Hamid al-Ghazali yang mana kitab al-Ihya merupakan buku pertama yang dibaca semasa kecil, kemudian membaca buku2 peninggalan Ibn Taimiyyah, maka beliau mengaguminya. Ia memberi kesan kepada pemikiran dan jiwanya. Ia merupakan peribadi yang memberi pemikiran pertama kepadanya.. Beliau juga mengagumi anak muridnya Imam Ibn Qaiyim. Walaupun beliau mengagumi kedua-dua tokoh tersebut, ia tidak menghalangnya untuk berbeza dalam sesetengah isu seperti mana kedua-dua tokoh tersebut berbeza pendapat dengan orang2 terdahulu daripada mereka.
Al-Qaradhawi telah menerima kepercayaan dari golongan ulama dan sarjana Islam di atas sumbangan beliau dalam bidang dakwah dan ilmu. Antaranya ialah :
Muhammad al-Ghazali menyifatkan al-Qaradhawi dengan menyebutkan bahawa al-Qaradhawi merupakan seorang yang menggabungkan antara fiqh teori dengan realiti. “Dahulu beliau merupakan murid dan saya merupakan gurunya tetapi sekarang beliau merupakan guru dan saya menjadi muridnya pula”, menurut al-Ghazali lagi. Abu Hassan Ali al-Nadwi menyifatkan al-Qaradhawi seorang yang benar2 sebagai alim, ulama serta pendidik yang terkemuka. Menurut al-nadwi, Al-Qaradhawi merupakan ulama lulusan al-azhar yang bergiat dalam bidang dakwah dengan menggabungkan aspek kefahaman Islam yang benar dengan realiti dunia sekarang. Beliau menggabungkan ciri2 dakwah dan manhaj Hassan al-banna dengan akademik yang diperolehi di al-azhar. Beliau menggabungkan ciri2 tradisi dan moden yang merupakan sebaik-baik manhaj.
Taha Jabir al-Alwani, Pengerusi Institut Pemikiran Islam Antarbangsa menyatakan al-Qaradhawi seorang ahli feqah yang bercirikan pendakwah dan pendakwah yang bercirikan ahli feqah. Muhammad Fathi Uthman seorang pemikir Islam menyebutkan al-Qaradhawi seorang fuqaha dan pendakwah yang terkemuka, yang berinteraksi dengan realiti kehidupan. Ahmad al-Risuni, Ketua Pertubuhan Tauhid dan Tajdid di Maghribi mengatakan al-Qaradhawi seorang ahli feqah yang memahami tujuan2 syariat. Adil Husain, seorang penulis Islam Mesir mengatakan al-Qaradhawi sebagai seorang ahli feqah yang beraliran sederhana dalam zaman kini.
Sementara Husain Ahmad Kadi, Ketua Jamiah Islami Pakistan menyebutkan bahawa apabila al-Maududi meninggal dunia, ribuan orang telah solat jenazah ke atasnya. Kami bermesyuarat untuk memilih siapakah yang layak untuk menjadi imam solat jenazah tersebut. Lalu kami memilih Yusuf al-Qaradhawi. Peristiwa tersebut menggambarkan penghormatannya terhadap al-Qaradhawi.
Antara penghormatan yang pernah diterima oleh beliau ialah Tokoh Maal Hijrah 2010M oleh Kerajaan Malaysia. Beliau kini merupakan Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Ketua Majlis Fatwa & Penyelidikan Eropah dan menetap di Qatar setelah diusir keluar dari Mesir.
Antara kitab2 beliau yang dicadangkan untuk pembacaan sahabat2 ialah:
a) Fiqh Keutamaan (Keutamaan Tugas2 Kaum Muslimin); Satu Kajian Baru Dari Persepektif al-Quran dan as-Sunnah, keluaran Thinker’s Library (bhs m’sia).
b) Fiqh Ikhtilaf-Perbezaan Pendapat Antara Gerakan Islam Yang Dibenarkan Dan Dilarang, keluaran as-Syabab Media (bhs m’sia), Pustaka al-Kautsar (bhs indonesia).
c) Keutamaan Harakah Islamiah Dalam Menghadapi Cabaran Mendatang, keluaran Pustaka Darussalam (bhs m’sia).
d) Agama Dan Politik-Wawasan Ideal Dan Menyanggah Kekeliruan Pemikiran Sekular Liberal, keluaran Alam Raya (bhs m’sia).
e) Bid’ah Dan Syirik, tulisan bersama Sheikh Muhammad al-Ghazali, keluaran Jasmin (bhs m’sia).
Segala pujian hanya buat Allah S.W.T. Selawat dan Salam buat Nabi junjungan. Doa yang tidak terputus untuk para sahabat dan ahli keluarga baginda, guru-guru, pemimpin dan ibubapa tercinta.
Masjidil Aqsa terus dalam ancaman. Sahabat dan saudara-saudara kita terus terkepung di sana dan yang berdekatan dengannya. Entah makan atau tidak anak-anak Palestin itu.
Sekolah mereka? Kesihatan mereka? Masa depan mereka? Pemuda yang bercita-cita mendirikan rumahtangga: ramai juga yang tertangguh dek kepayahan hidup. Seribu soalan lagi yang AQSA SYARIF lemparkan agar ingatan itu terus segar dalam minda setiap rakyat Malaysia.
Sebagai muslim, ketika mendirikan ibadah dengan sahih; ibadah solat, kita ada membaca surah Fatihah dan Tahiyyat.
Ketika membaca surah Fatihah, ketika qiam, kita memohon agar ditunjuki satu jalan yang lurus. Jalan yang bagaimana? Jalan yang pernah dilalui oleh “mereka”; iaitu para anbiya’, termasuk junjungan Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat, pengikut sahabat, para auliya’, syuhada’ dan seumpama mereka.
Terbayang kita Nabi Ibrahim dan sirahnya, terbayang kita Nabi Musa dan sirahnya, terbayang kita Nabi Daud dan anakandanya Nabi Sulaiman dan sirah mereka berdua. Terbayang kita Nabi Muhammad S.A.W dan sirahnya. Isra’ dan Mi’rajnya. Hijrah dan Badarnya. Kebijaksanaan baginda berdepan dengan Yahudi di Madinah dan lain-lain.
Banyak yang kita bayangkan semasa berdoa kepada Allah itu, khususnya ketika membaca fatihah dalam solat. Mencari-cari contoh “mereka” yang berada dalam jalan yang lurus. Mereka berada dalam perjuangan sepanjang zaman.
Ketika tahiyyat, selepas mengucapkan segala kemuliaan dan penghargaan, segala keberkatan dan segala doa milik Allah S.W.T, kita akan memberi salam kepada junjungan Nabi S.A.W dan kepada diri kita sendiri, bersama hamba-hamba Allah yang terdiri dari para solihin.
Tentu minda dan hati kita yang khusyuk ini, akan cantumkan “mereka yang berada di jalan yang lurus” dalam fatihah tadi dengan “hamba-hamba Allah yang solih” dalam tahiyyat itu. Manisnya solat yang mengandungi dua isyarat besar, حبـل من الـلـه dan حبـل من الـنا س Khusyuk dan kelazatan mengingat Allah, tidak memutus dan menafikan hubungan dengan manusia.
Di luar solat, seorang pejuang agama Allah, seperti anda semua, tentu akan ingat Allah S.W.T sehingga menusuk Qalbu masing-masing, dan ingat juga tugas khalifah dalam menerbitkan amal dan kerja buat kita semua.
Ingat Allah, ingatlah saudara-saudara kita. Saudara-saudara solihin kita dulu dan sekarang. Saudara-saudara teraniaya di bumi Palestin, tidak terkecuali dari senarai “hamba-hamba Allah yang solih” itu.
Itulah antara implikasi tarbiyyah yang mesti ada dalam semua gerakan Islam. Kekuatan iman dan kekuatan persaudaraan yang terbit dari iman yang mendalam. Ukhuwah yang ditunjangi iman yang mendalam, akan menerbitkan ayunan amal untuk membantu saudara-saudara kita di bumi Palestin secara berterusan.
AQSA SYARIF yang didokong oleh orang-orang lama dalam dakwah, tampil dengan pelbagai program dan aktiviti. Di seluruh pelusuk negara, bersedia ratusan malah mencecah ribuan, sukarelawan menanti amal-amal yang tersusun.
AQSA SYARIF dalam rangka memberi penerangan isu Palestin, menyediakan senarai penceramah-penceramahnya di seluruh negara. Kami telah dan akan terus melatih mereka.
Bertolak dari iman dan persaudaraan yang mendalam ini, petugas dan sukarelawan AQSA SYARIF akan memastikan kerancakan aktiviti berkaitan isu Palestin, disamping menghormati dan mematuhi lunas undang-undang yang ada.
AQSA SYARIF telah meletakkan skim bantuan kepada anak yatim dan keluarga miskin di bumi Palestin sebagai kerja utama dalam tempoh terdekat ini. Semua petugas dan rakan-rakan NGO Palestin yang lain, akan bersama membuka mulut untuk menjayakan skim ini.
AQSA SYARIF bersedia bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan mana-mana pihak, demi memeriahkan perjuangan Masjidil Aqsa dan apa yang di sekeliling Masjid ini, terutama rakyat Palestin dan hak mereka.
Sambutlah salam perjuangan ini, bertolak dari kemanisan ibadah solat kita; kemanisan iman kita حبـل من الـلـه dan حبـل من الـنا س
Ada ustaz ni dia teguh memegang sunnah. Dia tidak mengamalkan wirid secara beramai-ramai setelah solat. Namun dia tidak hadir ke tengah-tengah masyarakat lalu memarahi jemaah yang sudah terbiasa dengan wirid secara beramai-ramai. Dia mengikuti rentak masyarakat. Sampai satu ketika dia menerangkan bahawa wirid secara beramai-ramai ini tidak ada sunnah yang jelas yang menganjurkannya. Masyarakat menerima dan cuba berubah. Setelah lama kelamaan masyarakat berkata, “Ustaz susahlah bagi kami nak baca wirid sendiri-sendiri. Dahlah tak paham, bacaannya pun kadang tak tepat. Kita buat sama-sama sajalah..” Akhirnya mereka kembali membacakan wirid secara beramai-ramai..
* * *
Petikan kisah di atas saya dengarkan di radio IKIM sebentar tadi. Ia menjadi bahan perbincangan ketika ada penanya yang menanyakan hal berkaitan khilaf basmalah dimana sebahagian imam membaca dengan jelas dan sebahagian lagi tidak membacanya dengan jelas dalam sembahyang.
Tulisan kali ini tidak bertujuan untuk membahas perihal khilaf, tidak pula tentang pahaman atau mazhab yang asing lalu diketengahkan ke masyarakat dan tidak pula mengenai wirid. Semua itu di Malaysia ini menjadi isu yang sensitif. Semoga kita terpelihara dari fitnah yang amat merugikan. Semoga Allah pelihara hati kita agar tidak sedikit pun memiliki perasaan benci terhadap sesama muslim.
Apa yang ingin diketengahkan pada tulisan ini adalah betapa contoh kisah di atas menunjukan sebuah sikap yang sedang di alami masyarkat muslim Malaysia.
“Ustaz susahlah nak hafal. Dahlah tak faham..” Adalah salah satu bentuk penyataan yang kurang enak di dengar.
Penyataan sama sering kita dengar pada hal yang lain seperti. “Tak payahlah belajar bahasa Arab, buang masa saje. Lagi pun kita dah boleh pelajari agama tanpa menguasai bahasa Arab.”
“Agama ni tak perlu belajar tinggi-tinggi. Belajar agama, kalau sudah lulus nanti nak bagi makan anak isteri apa? Kita jadi jurutera. Cukuplah kita tahu baca Al-Quran, tahu fardhu ain, halal haram sikit-sikit. Lagi pun kalau ada masalah kita tanya sajelah dengan ustaz-ustaz.”
Sikap yang terpancar jelas dari penyataan di atas amat meresahkan.
Berkobar-kobar kita ingin jadikan negara kita ini negara Islam, tapi asas dalam Islam seperti bahasa Arab pun tak ada yang peduli. Islam dari mana dan yang macam mana ini?
Ketika timbul masalah khilaf, ramai tokoh-tokoh yang memberi alasan bahawa perkara yang asing yang diketengahkan itu tidak relevan bagi masyarakat. Menjadi penyebab salah faham dalam masyarakat dan bla.. bla.. bla.. Apa yang pelik adalah tidak ada pun usaha yang menjelaskan dengan penjelasan yang secukupnya.
Masalah perbezaan mazhab di negara ini sebagai contoh, kita terlalu sibuk untuk menghalau pengaruh mazhab selain Syafie untuk masuk ke dalam masyarakat, tetapi bila ditanya kepada masyarakat, “Anda tahu tak pendapat mazhab Syafie dalam perihal solat?” semua menggeleng kepala.
Saya mencadangkan kepada para asatiz yang tidak suka dengan kehadiran mazhab-mazhab lain dalam fiqih atau pun aqidah agar mengubah cara penyampaian dari menghujat mazhab lain kepada menerangkan tentang mazhab yang majoriti itu sendiri. Sehingga masyarakat memahami apa yang diperjuangkan atas dasar ilmu dan bukan ikut-ikutan. Maka, usaha yang dilakukan dengan memenuhi minda masyarakat dengan pahaman sebenar mazhab syafie dalam fiqih justeru akan memberi suntikan baru dalam suasana keagamaan di Malaysia ini.
Sangat menghairankan pada zaman yang serba canggih ini, semua orang ingin mendapatkan yang terbaik. Jika peralatan elektronik kita mahu yang paling latest. Paling up to date. Demi itu kita di suruh belajar di universiti dengan sungguh-sungguh agar mampu melahirkan generasi yang mampu mencorak dunia dengan kemajuan teknologi. Malangnya bila tiba bab agama, mulalah kita berkata, ”Kita ambil dari ustaz itu sajalah.” ”Tak usahlah buang masa kaji pasal agama ni, cukuplah kita buat apa yang telah dibuat nenek moyang kita.”
Ayuh kita ubah rentak. Kita utamakan usaha memperdalam ilmu agama agar tidak tersesat dalam kemelut yang melanda umat Islam ini. Jadilah masyarakat yang paling up to date dalam hal pengetahuan agama. Kita jadi masyarakat yang benar-benar faham bukan sekedar tahu atas orang. Sibukanlah diri kita dengan yang utama kerana dunia jika dikejar memang tak ke mana..
*sekali lagi kami tegaskan, tulisan ini hanya berusaha mengkritik sikap masyarakat yang hanya menganggap pengetahuan agama cukuplah sekedar sahaja sedang ilmu-ilmu lain sampai ke lubang biawak pun sanggup di cari. Sikap diskriminasi terhadap ilmu agama seperti ini sudah selayaknya kita perangi dan hapuskan dari minda masyarakat.
Antara kisah-kisah yang menarik dalam al-Quran ialah kisah Nabi Sulaiman dengan semut. Kisah ini direkodkan pada surah al-Naml, ayat 15-19.
[27:15] Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman".
[27:16] Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: "Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung, dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata".
[27:17] Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.
[27:18] (Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".
[27:19] Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".
Selama ini, saintis berpendapat bahawa semut berkomunikasi dengan menggunakan signal-signal berbentuk kimia dan tidak menggunakan bunyi sebagai bentuk komunikasi mereka. Pendapat saintis ini adalah bercanggah sama sekali dengan ayat al-Quran seperti yang saya tunjukkan diatas kerana dalam ayat 16:18 dan 16:19, didapati bahawa semut bercakap (berkomunikasi dengan bunyi). Dan bunyi ini pula didengari oleh Nabi Sulaiman A.S. serta difahaminya dengan ilmu yang dikurniakan Allah S.W.T.
Sebelum saya membuktikan kebenaran tentang semut ini biarlah saya ceritakan sedikit tentang semut. Telah dianggarkan bahawa terdapat 20,000 spesis semut yang wujud di dunia. Semua semut-semut ini hidup berkoloni dan mempunyai sistem sosial yang tersusun dengan beberapa kasta iaitu - pekerja, askar, permaisuri dan dron - semua daripada mereka ini mempunyai tanggungjawab dan tugas-tugas yang amat spesifik untuk koloni mereka. Hanya semut permaisuri dan dron-dron jantan sahaja yang mampu untuk menghasilkan semut-semut baru. Kesemua semut askar dan semut pekerja adalah steril (tidak boleh menghasilkan zuriat).
Semut merupakan serangga yang bersosial kerana mereka hidup dan bekerjasama di dalam satu komuniti. Mereka membesar dan menjaga anak-anak mereka. Kehidupan seperti ini adalah amat berbeza dengan kehidupan serangga-serangga lain yang lebih banyak masa hidup bersendirian. Satu komuniti semut ini dipanggil sebagai koloni. Kehidupan dalam koloni semut adalah sangat tersusun. Setiap ahli mempunyai pekerjaan masing-masing yang sangat spesifik.
Koloni semut diperintah oleh semut permaisuri. Antara tugas semut permaisuri yang penting adalah untuk bertelur. Semut pekerja melakukan semua kerja-kerja yang lain seperti menjaga permaisuri dan anak-anak, membina sarang dan membaiki sarang yang rosak. Semut pekerja juga bekerja mencari makanan dan mempertahankan sarang dari musuh. Semua semut pekerja adalah betina. Pekerja askar tugasnya hanya mempertahankan sarang dari serangan musuh (lihat saiznya yang lebih besar).
Kebanyakkan semut jantan hanya hidup beberapa minggu atau bulan sahaja. Mereka tidak bekerja dan akan mati sebaik sahaja bersenyawa dengan semut permaisuri yang baru.
Sebagai serangga yang bersosial pastinya semut mempunyai suatu cara untuk berkomunikasi. Para saintis berpendapat bahawa semut berkomunikasi menggunakan feromon (pheromones) sahaja. Mereka berpendapat bahawa apabila terdapat bahaya semut akan merembeskan feromon bahaya. (rujuk 'alarm pheromones' di http://en.wikipedia.org/wiki/Pheromone untuk keterangan lanjut).
Pada hari ini, kenyataan itu terbukti tidak benar apabila para saintis berjaya membuktikan bahawa semut juga berkomunikasi dengan menggunakan bunyi untuk menggesa semut-semut lain untuk berasa dalam keadaan awas apabila terdapat bahaya.
Artikel diatas membuktikan semut-semut sentiasa bercakap-cakap dalam frequensi yang sukar didengari oleh manusia. Semut permaisuri pula boleh memberikan arahan kepada semut-semut lain untuk berada dalam keadaan awas dengan menggunakan bunyi. Penemuan ini yang telah diterbitkan dalam jurnal Science telah menyanggah dakwaan pihak-pihak yang mengatakan bahawa semut tidak berkomunikasi dengan bunyi.
Beberapa lama apabila artikel ini telah diterbitkan dalam 'The Times', pihak-pihak yang anti-Islam tersebut telah menarik balik artikel mereka yang mempersendakan Islam. al-Quran yang mereka laporkan sebagai tidak benar dan tidak saintifik adalah begitu tepat. Mampukah Nabi Muhammad S.A.W. mengetahui bahawa semut juga boleh bercakap 1400 tahun dahulu? Inilah antara tanda-tanda/petunjuk/hidayah yang Allah S.W.T. berikan kepada kita dalam al-Quran. Kita tidak mungkin untuk mengetahui perkara ini tanpa membaca dan memahami ilmu dalam al-Quran.
Pada hari ini, sedihnya kita hanya membaca al-Quran tanpa memahami atau mengetahui maksud ayat-ayat Quran. Mungkin dengan membaca kita akan mendapat pahala tetapi yang pasti kita tidak akan mendapat ilmu dari al-Quran. Jika tidak mendapat ilmu bagaimana kita boleh menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup dan sebagai ubat kepada hati kita?
Walaupun al-Quran adalah dalam bahasa Arab, kini telah banyak diterbitkan terjemahan-terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Bukan sahaja terjemahan al-Quran adalah dalam bahasa tempatan bahkan tafsir al-Quran juga kini banyak diterjemahkan kepada bahasa Melayu dan Inggeris.
Balik semula kepada topik asal iaitu semut boleh berkomunikasi dengan bunyi, ada juga serangga-serangga lain yang tahu bahasa semut ini mengambil kesempatan ke atas semut. Contohnya arahan berbentuk bunyi dari semut permaisuri boleh dimimik oleh pupa dan larva rama-rama parasit yang mempergunakan semut untuk melindungi dan memberikannya makanan. Artikel ini turut membuktikan semut berkomunikasi dengan bunyi (bercakap).
Baiklah, sekarang kita lihat kembali al-Quran 27:16
27:18 حتى اذا اتوا على واد النمل قالت نملة ياايها النمل ادخلوا مساكنكم لايحطمنكم سليمان وجنوده وهم لايشعرون [027:018] Hatta itha ataw AAala wadi alnnamli qalat namlatun ya ayyuha alnnamlu odkhuloo masakinakum la yahtimannakum sulaymanu wajunooduhu wahum la yashAAuroona
Jika saudara-saudari ada sedikit pengetahuan Arab, daripada kata kerja di atas didapati kata kerja yang digunakan menunjukkan bahawa semut yang memberikan arahan itu adalah semut betina.
Jika kita bandingkan dengan kajian-kajian terbaru yang dilakukan, didapati yang memberikan arahan adalah semut permaisuri iaitu semut betina. Soalnya disini ialah bagaimana Nabi Muhammad S.A.W. 1400 tahun dahulu tahu bahawa semut yang memberikan arahan itu adalah semut betina iaitu semut permaisuri? Pada ketika itu tiada kanta pembesar, apatah lagi mikroskop dan pengetahuan genetik. Ilmu ini pastinya datang dari Pencipta kita yang Maha Mengetahui segalanya dan disampaikan kepada kita melalui Nabi Muhammad S.A.W. pesuruhNya.
[41:53] Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?
Allahuakbar! Subhanallah. Inilah mukjizat al-Quran yang telah ditinggalkan kepada kita.
Setiap kali nampak semut teringat pulak kisah Nabi Sulaiman.
Segala pujian bagi Allah.
~Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.~
Amru bin Maimun R.A meriwayatkan Nabi Muhammad Sallallahu alayh wasallam bersabda,
"Ada lima perkara yang sangat berharga yang diberikan percuma oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada umat manusia. Lima perkara itu perlu dimanfaatkan oleh semua umat manusia dengan sebaik-baiknya sebelum datang lima perkara lain. Ia adalah masa muda sebelum masa tua, masa sihat sebelum datang masa sakit, masa senang sebelum datang masa susah, masa lapang sebelum datang masa sibuk, serta masa hidup sebelum datang kematian."
P/S: Sekarang sangat sibuk...manfaatkan hidup selagi bernafas. Agi idup agi ngelaban!
MEMBACA membolehkan kita memperoleh ilmu dan menyelamatkan diri kita dari kebodohan. Membaca juga dapat boleh menguatkan daya ingatan, mendewasakan pemikiran, memberikan banyak pengalaman dan pengajaran, mengungkapkan banyak rahsia dan bermacam-macam lagi. Membaca adalah kunci pengetahuan dan jalan menuju pembangunan.
Kerana amat pentingnya membaca, maka kalimat pertama yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah perintah untuk membaca yang di awali dengan Bismillah. Allah berfirman :
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)” (Surah Al-Alaq: Ayat 1)
Ini menunjukkan kita adalah umat Iqra’ sebagaimana yang diungkapkan oleh Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni:
“kita adalah umat iqra', tetapi mengapa kita masih enggan membaca??”
Dengan membaca, pasti pengetahuan dan wawasan akan bertambah. Selagi seseorang mengkaji warisan ilmiah dan peradaban manusia, maka akan bertambah pula wawasannya dan akalnya pun akan berkembang, khususnya apabila ia membaca buku-buku yang bermanfaat.
“Buku, Aku Cinta Kamu”
Inilah ungkapan yang digunakan oleh Dr ‘Aidh Abdullah Al Qarni untuk menggambarkan betapa cintanya beliau terhadap ilmu yang terdapat dalam buku. Bingkisan pengalaman beliau yang di tuliskan dalam buku ini sangat indah dan penuh puitis untuk membangkitkan semangat para pembaca agar terus membaca dan membaca. Di bawah saya cuba kongsikan sedikit bagaimana gambaran kehidupan Dr ‘Aidh sebagai pencinta buku yang merupakan seorang yang amat kita kagumi pada hari ini.
“saya mendakapnya di atas dada, membiarkannya ia tidur di atas lengan dan merangkulnya dalam pelukan. Ia berbicara dan membuat saya senang, sedih, tertawa dan bahkan menangis. Ia menghembuskan kata-katanya ke dalam jiwa saya dan saya pun tak dapat melupakannya. Ia merupakan teman paling setia, paling dekat dan merupakan penghantar terindah. Bersamanya pula, saya lupa akan segala kesulitan, duka cita dalam hidup dan seharian yang dipenuhi kekeruhan……”
“Bersamanya juga, saya ibarat berada di taman yang rendang, kebahagiaan yang besar, kumpulan-kumpulan orang yang menyenangkan. Bersama buku, akal saya menjadi tumbuh, jiwa saya menjadi bersih, keyakinan dan kepercayaan saya bertambah..Saya tidak pernah jemu dengan ucapannya dan juga tidak letih menemaninya.”
ENTOMOLOGI merupakan salah satu subjek yang saya pelajari waktu ini. Entomologi tu umumnya bermaksud kajian terhadap serangga. Post ini tribute untuk guru2 ento yang telah mengajarkan saya tentang makhluk2 ajaib ini...
Apa yang umumnya mengganggu kita sewaktu tidur? Yang suaranya berdengung ‘nyyeeeng,..nyeng..nyengg’ kat telinga? Haiwan kecil yang lincah dan pandai mengelak? Pandai mencari sasaran biarpun di dalam gelap. Memenuhi bilik-bilik kat kolej. Dan kenapa gatal dibuatnya bila digigit? Nyamuk, seekor makhluk yang lemah tapi menakjubkan.Ketika membuat perumpamaan seekor nyamuk, Allah swt hendak menjelaskan kepada manusia bahwa makhluk yang kecil ukurannya ini, hebat dalam penciptaannya. Di dalam al-Quran ada disebutkan:
“Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja(seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih kecil daripadanya, iaitu bagi mereka yang beriman akan mengetahui bahwa perbandingan itu adalah kebenaran dari Tuhan mereka; dan bagi mereka yang kafir pula maka mereka akan berkata: ‘Apakah maksud Allah membuat perbandingan ini?’ Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya itu; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan golongan yang fasik.” (al-Baqarah 2:26)
Haiwan kerdil biasa yang kurang signifikannnya, namun memancar jelas kehebatan penciptaan Allah swt sangat mempesonakan untuk diselidiki dan difikirkan. Kat Malaysia, ada 381 spesies yang wujud tapi yang terpenting seperti Anopheles, Culex, Aedes, Mansonia, Haemagogs, Sebethes dan Psorophora. Lebih dikenali nyamuk tiruk, tonggeng dan aedes(tak kenal balik tanye kat lecturer). Saya belajar 4 jenis yang pertama saja. Pada umumnya, nyamuk tetkenal sebagai penghisap darah tapi ni kurang tepat. Hanya yang betina saja yang ‘makan’ darah tu pun jika diperlukan untuk telurnya(macam baik jer nyamuk jantan nie..). Makanan sebenar merupakan nektar bunga.
Telur nyamuk, yang berkembang dengan diberi makan darah, ditelurkan nyamuk betina di atas daun lembap atau kolam kering selama musim panas atau musim gugur. Sebelumnya, si induk memeriksa permukaan tanah secara menyeluruh dengan reseptor halus di bawah perutnya. Setelah menemukan tempat yang sesuai, ia mulai bertelur. Telur-telur tersebut panjangnya kurang dari satu milimeter, tersusun dalam satu baris, secara berkelompok atau satu-satu. Dari telur ke nyamuk dewasa yang macho hanya mengambil masa 4 hingga 7 hari. Ianya bergantung kepada suhu. (Patutlah banyak sangat nyamuk, cepat betul proses perkembangannya!)
Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari, tapi nyamuk jantan hanyalah 10 hingga 20 hari saja. Nyamuk betina bertelur sebanyak 100 hingga 300 biji pada satu-satu masa dan sebanyak 1,000 hingga 3,000 biji sepanjang hayatnya. (Kesian nyamuk jantan, agaknya lepas saja habis ‘tugas’, terus mati...). Nyamuk jantan mampu mengesan kahadiran nyamuk betina yang seksi dengan hanya bunyi kibasan sayapnya (senjata rahsia). Kibasan sayap nyamuk ialah 300 hingga 600 kali sesaat (itu yang datangnya bunyi “nyyyennng” tu..sebab laju sangat sayap dia).
Nyamuk selalu dapat menemukan sasarannya dengan tepat kerana mereka “melihat” dengan gerakan, panas tubuh, dan bau tubuh kita. Jadi di kegelapan, walau kamu menutup selimut seluruh tubuh, hujung kaki kamu yang tersembul, atau dengus nafas kamu yang hangat, dapat memberi “tanda” bagi nyamuk tersebut bahwa disana ada sasaran yang siap tuk diserang.
Oh ya dalam prosesnya, nyamuk juga mengeluarkan air liur yang dapat mencegah darah yang dia hisap membeku (kerana kita tahu darah kita akan segera membeku jika terkena udara kan?). Nyamuk memang terkenal menyebabkan penyakit demam malaria, denggi, JE, chikungunya dan sebagainya. Spesis nyamuk yang paling agresif ialah nyamuk yang hidup di kawasan Artik di Kanada. Satu kajian di mana para pengkaji sengaja mendedahkan kaki, tangan dan badan mereka untuk santapan nyamuk. Keputusannya, 9,000 gigitan dalam masa seminit. Kalau dibiarkan, darah kita akan kering dalam masa 2 jam (pergh..ganas2)
Ketika nyamuk mula keluar dari air, bahagian kepala harus dipastikan tidak menyentuh air sama sekali kerana walau sesaat tanpa bernafas berisiko menyebabkannya lemas. Bahkan, gelombang atau riak air yang kecil di permukaan mampu membunuhnya. Persoalannya, camna nyamuk pertama kat bumi ada 'kuasa' untuk melalui semua perubahan tersebut? Adakah larva yang decide berubah menjadi nyamuk dengan bersalin kulit? Sudah tentu tidak. Ia bukti sebagai iktibar kpd kita,nyamuk telah dicipta secara istimewa dan anggunnya melalui fenomena ajaib tersebut. Subhanallah.
Let us bring back the glory time of the world where muslims, christians, jews and others living together and flourishing. Their culture and beliefs interwined, and the knowledge of the ancients was gathered and reborn. Knowledege is power!
MATAHARI semakin meninggi. Membakar Madinah yang tetap riuh dengan beragam aktiviti di dalamnya. Abu Hurairah memasuki pasar. Beliau menyaksikan orang2 sibuk dengan urusan perdagangannya. Dia berdiri dan berseru. “Alangkah dungunya kalian, wahai penduduk Madinah!”
“Ketololan apa yang anda lihat dalam diri kami, wahai Abu Hurairah?”
“Peninggalan Rasulullah telah dibahagi-bahagi. Eh, kalian malah sibuk di sini. Tidakkah kalian berkeinginan pergi untuk mengambil bahagian kalian?”
“Dibahagikan di mana?”
“Di masjid”
Mereka bersegera ke masjid. Abu Hurairah menunggu kedatangan mereka. Mereka datang dengan berwajah masam dan serta merta mengatakan ketidakpuashatian, “Tidak ada apa2 di masjid, tidak ada pembahagian apa2!”
“Kalian tidak melihat orang2 di sana?”
“Kami melihat, tetapi tidak ada pembahagian kecuali orang sedang solat dan mengkaji al-Quran serta berbincang halal-haram. Itu saja.”
“Celaka kalian! Itulah peninggalan Rasulullah.”
Kisah di atas sungguh menyindir kita. Kini, kita menyaksikan surutnya semangat belajar dalam kalangan umat. Kebanyakan orang lebih tertarik pada hal-hal kecil dan kurang membawa manfaat. Dunia entertainment yang miskin pendidikan lebih memikat hati masyarakat daripada keseriusan membaca dan menelaah buku. Lebih suka menikmati hiburan dan permainan daripada serius mengkaji sesuatu masalah. Mereka yang kuliah semakin dilanda pragmatisme hidup dan glamor hedonisme.
“Janganlah engkau meremehkan suatu ilmu dalam bidang apa saja,” demikian menurut Imam an-Nawawi, menunjukkan semangat generasi salafus-saleh dalam menuntut ilmu. Kisah-kisah mereka sungguh luar biasa, memberi inspirasi dan menggerakkan fikiran kita untuk mengikutinya. Sungguh motivasi mereka berakar daripada semangat tauhid yang kuat tertanam. Mereka belajar kerana berharap menjadi peribadi2 yang unggul dan bertakwa. Ketakwaan selalu bermula dari amal salih. Sementara amal salih akan sempurna jika dilandasi dengan ilmu yang benar dan ilmu hanya dapat dicapai dengan belajar. Itulah sebab, mereka sangat bersemangat dalam belajar.
Banyak pelajar kini tidak memiliki tradisi belajar yang baik. Sebahagian berangkat ke kuliah tanpa motivasi dan semangat. Padahal, Imam al-Ghazali telah mengingatkan, “Lewat beberapa ketika, aku menuntut ilmu dengan motivasi yang salah. Padahal, ilmu tidak pernah mahu dituntut kecuali kerana Allah.”
Pembelajaran yang menyenangkan sesungguhnya bermula pada perhatian pelajar. Perhatian menunjukkan minat yang kuat. Minat yang kuat selalu datang daripada motivasi yang sebenar. Lalu, kenapa pembelajaran kita tidak dirancang daripada penumbuhan motivasi? Sebagaimana pernah dilakukan Imam Malik tatkala menolak tawaran khalifah untuk mengajar di istana. “Ilmu itu didatangi bukan mendatangi!”. Sungguh, yang kita perlukan saat ini adalah mengembalikan tradisi belajar yang telah menjadi asas peradaban Islam itu ke dalam kehidupan kita. Sebuah tradisi yang bermula dari semangat kenabian..
P/S: Petikan dari buku Prophetic Learning karya Dwi Budiyanto dengan sedikit pengubahsuaian yang kini dalam pembacaan. Ingin dikongsikan bersama di dalam ruang maya ini. Sekadar muhasabah diri dan keinginan untuk mengembalikan tradisi belajar generasi pemenang. Wallahua’lam.
MANUSIA perlu mengenal Tuhan. Mereka ada dua jalan untuk mencari dan mengenal Tuhan. Jalan pertama adalah dengan FIKIR mengenai ayat-ayat Allah yang dapat direnung dan diperhatikan pada alam. Jalan kedua adalah dengan ZIKIR pada ayat-ayat Allah yang dibaca pada wahyu, pada al-Quran.
Zikir itu adalah jalan yang tinggi untuk mendampingi Allah. Namun, zikir sukar membawa khasiatnya jika manusia berzikir tanpa berfikir.
Manusia berzikir mengingati Allah tetapi kerana zikir tidak disulam fikir, mereka yang selalu menyebut nama Allah ini jugalah yang tanpa sedar menjauhkan diri dari Allah apabila keluar dari zikirnya menuju urusan mentadbir dunia dan manusia. Mereka memuji-muji Allah semasa berdampingan berzikir dengan ayat-ayat Allah tetapi mereka jugalah yang tanpa rasa bersalah merosakkan ayat-ayat Allah yang dapat direnung dan dilihat iaitu alam itu sendiri. Mulut berzikir tetapi tangannyalah yang merosakkan bumi ini.
Justeru itu, manusia harus dikembalikan tumpuannya dalam berfikir disamping tumpuan dalam berzikir. Denagn fikirnya manusia itu akan mendorong dirinya untuk memahami alam lantas mencari rahsia kehidupan itu sendiri. Laut yang berombak dikaji lalu ditemuilah angin sebagai puncanya. Dikajinya angin yang bertiup ditemui tekanan udara panas dan sejuk. Dikaji tekanan udara ditemui pula tenaga haba. Kaji pula tenaga haba, berjumpa pula gas-gas yang membentuk matahari. Lalu dikaji gas-gas itu…akhirnya tiba ke suatu titik yang tiada jawapan.
Di situlah hujung akal. Hujung akal, pangkal agama! Pesanan terkenal dari Buya Hamka. Islam menjadikan manusia rajin berfikir. Kerana fikir kita jadi manusia. Kerana fikir menyampaikan manusia pada zikir, menjadi seorang muslim. “Katakanlah (wahai Muhammad)! Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi, tidaklah bermanfaat tanda kekuasaan Allah dan rasul-rasul yang member peringatan bagi orang2 yang tidak beriman.” [Yunus : 101]
“Katakanlah (wahai Muhammad) : Perhatikanlah dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi (dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah) dan segala rasul (yang menyampaikan perintah2 Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang2 yang tidak menaruh kepercayaan kepadaNya” [al-A’raf : 185]
“Tidakkah kamu berakal untuk memikirkannya?” [al-Baqarah : 76]