17 August 2011

2:25 PM - No comments

Ada Apa Dengan Cinta



Cinta memang mudah diucap tetapi payah untuk memahami makna mahabbah disebaliknya. Cinta adalah mahabbah. Mahabbah adalah sesuatu kecantikan yang amat tinggi nilainya. Dalam disiplin ilmu tazkiyatun-nafs, mahabbah bererti patuh kepada Allah swt dan membenci sikap yang melawan kepadanya.

“(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu2 (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang2 yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang2 yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).” (2:165)

14 July 2011

5:37 PM - No comments

Ulangkaji Ramadhan



HUKUM PUASA RAMADHAN
  1. Hukumnya WAJIB berdasarkan nas-nas dari al-Quran, as-Sunnah dan Ijma’
SIAPA YANG WAJIB BERPUASA?
  1. Muslim
  2. Berakal
  3. Baligh
  4. Sihat dan mampu untuk berpuasa
  5. Menetap bukan musafir
  6. Suci dari haihd dan nifas bagi wanita
RUKUN PUASA
  1. Berniat
  2. Menahan diri dari segala yang membatalkan puasa, semenjak terbit fajar hingga terbenam matahari.

22 June 2011

6:59 PM - No comments

Jom BERSIH.


Salam 1 bersih.

Saban hari, saat televisyen di buka, saat akhbar diselak,terpampang cerita tentang BERSIH.

Itu bagus kerana ia menunjukkan rakyat Malaysia secara amnya masih rendah tahap ‘kebersihan’, dari yang atas sampai yang bawah, kepelbagaian ‘kotor’nya. Tidak pasti benar atau tidak media massa pada akhir zaman ini. Moga setiap hari diingatkan tentang bersih, maka bersihlah negara dari bermacam-macam kotornya.

17 June 2011

12 June 2011

7:09 AM - No comments

My Luv

Mencintai Nabi saw satu perkara yang diperintahkan. Untuk mencintai Nabi, agak mudah untuk kita menyebutnya, tetapi untuk menterjemahkannya di dalam kehidupan adalah sesuatu yang susah.
Walaubagaimanapun, sedikit usaha dan cita-cita yang ada, akan membuatkan kita terus berusaha ke arah itu.
Ada 8 cara untuk mencintai Nabi.

29 May 2011

9:43 AM - , 1 comment

Nak Pegi KL



Pagi itu, Nobita nak naik bas pegi Kolumpo. Dia sesorang je.

Sebelum naik bas, Nobita sempat solat Dhuha dan dia ingat nak 'simpan' air wudhuk sebab nak baca al-Quran nanti dalam perjalanan. Itu la rutin yang biasa dia buat sebelum terlelap, bila berjalan jauh-jauh naik bas.

Hari tu seat dalam bas nampak penuh. Seat Nobita lak kebetulan kat depaaaan sekali. Lama dia duduk sambil belek-belek al-Quran, tetiba seorang nenek Chinese kelihatan nak naik bas. Terketar-ketar tangan dia, sesorang je nak menaiki satu demi satu tangga bas. Nampak susaaaah sangat. Nobita lak betul-betul kat depan nenek tu.

18 May 2011

4:06 AM - , No comments

Masa Itu Pantas Berlalu


"Barangsiapa yang tidak menyibukkan diri dalam kebaikan nescaya ia akan disibukkan dalam keburukan"

Demi Masa..


Rasulullah saw bersabda,"Perumpamaan orang yg mengingati Allah dgn orang yg tidak mengingati-Nya spt orang yg hidup dgn orang yg mati." (HR Bukhari)

Orang hidup yang sudah mati inilah yg kini banyak berkeliaran, mendominasi dan menebarkan 1001 masalah. Kadang kala kita pun takut kerana mereka ada di sekitar kita, bahkan kadang2 menjelma menjadi diri kita!

Rasulullah saw bersabda,"Ada dua nikmat, di mana banyak orang yg tertipu dgn keduanya: nikmat sihat dan masa lapang." (HR Bukhari)

13 May 2011

06 May 2011

6:01 PM - No comments

Pay It Forward!


i watched a movie last week.a great movie. very inspirational. starring Haley Joel Osment as an 11 year old boy named Trevor McKenney, was given an assignment by his social study teacher, played by Kevin Spacey. Kevin played as Eugene Simonet, asked his students to find a way to change the world and work with whatever their ideas were.

sometimes cross in our minds a great deal of doubt whether a small and simple deeds we do can affect others.maybe this film could be a driver that gave us the spirit to always be not weary of doing good to others. none of good deed is too small dude!

21 April 2011

10:48 AM - No comments

Trilogi Tarbiyah: Mula!



Trilogi tarbiyah : tilawah, tazkiyah dan taa’lim
boleh cek dalam surah Al-baqarah 151 (susunan dimulakan dengan tilawah, kemudian tazkiyah, kemudiannya, mengajarkan)

boleh cek juga dalam Al-jumuah dan juga surah ali-imran 164 . Triloginya dalam turutan yang sama ( tilawah, tazkirah, dan ta’alim)
- haish, bukak tak Quran ni ?hehhee,…. kene baca Quran sebab nanti tak faham apa saya tulis ni)
kecualilah dalam satu surah, surah baqarah ayat 129. susunan dia berlainan sedikit. tilawah-taalim-tazkiyah.
ini menunjukkan penekanan yang tinggi dan lebih kepada aspek tilawah-tazkiyah- taalim, berbanding, tilawah-talim- tazkiyah.
Inilah trilogi tarbiyah kita.
Bukan sekadar transfer ilmu.
bukan sekadar mendoktrin dan meniru.
ia mengubah manusia, merevolusikan(inqilabiyah) dirinya dari jahiliyah kepada islam. Mengislahkan dirinya dari sibghah taghut, kepada sibghah Allah.
Dan beginilah susunan tarbiyah kita… ia perlu ada trilogi ini.
Dalam setiap daurah, dalam setiap usrah, mukhayam dan sebagainya, tarbiyah kita perlu ada trilogi ini.
Itulah dia:
Tilawah = Memberi ilmu agar tahu
Tazkiyah = membersihkan hati, agar termotivasi menjadi mahu
Taalim= mengajarkan dan meningkatkan kapasiti diri sehingga menjadi mampu!

10:29 AM - No comments

A, B, C ..



Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah (tatacara pembaikan diri):


1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)


Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:

"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan."

Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)


Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)


Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna:

"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."

Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)


Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)


Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)


Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)


Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)


Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.


10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)


Da'ie umpama lilin yang membakar diri (jgn terbakar dah..) untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

13 April 2011

10:51 AM - No comments

Promo: wa ca na




wacana SISWARAKYAT

" tolak politik jijik "


panel 1 :

( Pensyarah USM, Bekas MUFTI)

panel 2 :

( Naib Presiden PERKASA )

panel 3 :

( Pengarah Institut Kajian Polisi DPPP )

moderator : Ahmad Syazwan (presiden GAMIS)


Tarikh: 14/4/2011

Masa : 7 malam

Tempat : dewan MBPJ petaling jaya


Dimulakan dengan solat hajat, dan kuliah maghrib bersama Bob Lokman. Moh le!


Anjuran :




12 April 2011

12:38 AM - No comments

Salam 1 Imtihan.


Allah doesn't require you to be the BEST
He just want you to do your BEST
and He'll take care of the rest..insyaAllah
ALL THE BEST to all of us! ^_^

" ..and when you have decided, then rely upon Allah . Indeed, Allah loves those who rely (upon Him)." (3:159)

04 April 2011

9:47 PM - No comments

4 tempat pelik dalam al-Quran.

Cuba kita selak semula lembaran hidup kita. Sepanjang kita bergelar muslim, berapa kali kita sudah khatam al-Quran.

Jika setahun sekali, alhamdulillah. Jika sebulan sekali, itu sudah cukup bagus!

Tetapi persoalannya, yakinkah kita bahawa bacaan kita itu menepati kaedah sebenar yang diajar Nabi s.a.w?

Tolak tepi makhraj Arab yang agak sukar disebut oleh orang Melayu kita (kecuali jika benar-benar dilatih oleh guru al-Quran), bagaimana pula dengan benda-benda basic?

Dalam post kali ini, saya akan tunjukkan 4 tempat di dalam al-Quran yang bacaannya agak pelik sedikit dari biasa, di mana anda boleh menguji bacaan dan tahap pengetahuan anda.

Jika kita selama ini kita tersalah baca, bermakna kita sudah silap strategi. Kita terlalu fokus pada 'kuantiti' bukannya 'kualiti' bacaan.

Kita ada 2 pilihan. Sama ada meneruskan rutin harian kita dan khatam 12 kali setahun tetapi melakukan 12 kesalahan berulang-ulang kali, atau kita boleh KIV sebentar target khatam sebulan sekali itu dan fokus untuk improve bacaan al-Quran kita dari segenap aspek (makhraj, tajwid, kaedah bacaan dsb).

Tapi kalau semuanya OK, alhamdulillah =)

**********

1) Surah Huud ayat 41

Cara bacaan yang betul ialah maj + rare (British pronunciation) + haa

Bukannya maj + roo + haa

ataupun maj + ray + haa

Kaedah bacaan ini dipanggil Al-Imalah (الإمالة)

Rujuk link:

http://www.youtube.com/watch?v=jiaiF5LyayA
(minit ke 0:40)

****

2) Surah Yusuf ayat 11

Asal perkataan tersebut ialah 'tak-ma-nu-na', yang bermaksud, "Tidak percayakan kami."

Tetapi telah digabungkan kedua-dua nun itu menjadi satu nun sahaja yang bersabdu.

Sebab itulah ketika membaca, kita perlu memuncungkan bibir sewaktunun sabdu (macam nak cium orang), seolah-olah kita nak sebut 'tak-ma-nu-na' tetapi 'nu' itu tak disebut. Ia digantikan dengan muncung.

Maka jadilah Laa Tak-man(muncung)na

Dari segi bacaan tiada beza. Cuma perlu buat isyarat mulut muncung tu.

Kaedah ini dipanggil Al-Isymam الإشمام

***

3) Surah Fussilat ayat 44

Di atas huruf alif, ada satu simbol bulat hitam (tiada lubang). Anda hanya boleh jumpa simbol ini di tempat ini sahaja.

Asal perkataan ini ialah a-a'-ja-miy.

Hamzah pertama bermaksud 'adakah'.

Hamzah (alif) kedua pula ialah sebahagian daripada perkataan Arab:A'jamiy - yang bermaksud 'orang bukan Arab'.

Cara bacaannya ialah dengan meringankan bacaan hamzah (alif) kedua. Seolah-olah digabung dengan hamzah pertama. Bukannya dibaca kedua-dua hamzah itu sama jelas seperti a+a'jamiyy,

tetapi lebih kepada
Aaa'jamiyyuw wa 'arabiyy

Seolah-olah hamzah dibaca dua harakat sebelum dimatikan dengan 'ain.

Rujuk link:

http://www.youtube.com/watch?v=yNnWJIcSbO0
(minit ke 4:40)

*****

4) Surah al-Ahqaaf ayat 4

Menurut kaedah secara general, hamzah wasal (alif yang di atasnya ada huruf saad kecik) perlulah dibunyikan mengikut baris huruf ketiga.

Jika huruf ketiga berbaris depan, maka alif itu pun berbaris depan.
Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka alif itu pun berbaris bawah.

Cuma jika huruf ketiga berbaris atas, lain sikit. Alif tak jadi baris atasjuga, tapi dibaca dengan baris bawah.

Tapi dalam surah Al-Ahqaaf ini, huruf ketiga berbaris depan. Maka kalau nak ikutkan kaedah, sepatutnya alif tu kena baca baris depan la kan?

Tapi kat sini pelik sikit.

Kita kena baca:

ii-tuu-nii

Bukannya

Uk-tuu-nii

http://www.youtube.com/watch?v=dRY70ogCj6A
(minit ke 0:53)

*****

Penulisan dalam blog sangatlah terhad. Jika anda takut tersalah, rujuklah mana-mana guru al-Quran. Dengar dan ikutlah bacaan dia. Itu lebih selamat.

Dan jika anda baik hati, share lah artikel ini di dalam Facebook, Twitter atau blog anda. Untung-untung saya dapatlah pahala untuk tampung dosa saya yang banyak ni (^^!)

الدال على الخير كفاعله
"Orang yang memberi contoh tauladan yang baik akan mendapat pahala sama dengan pelakunya."

=)

Nak tahu Quran resam Uthmani kita ni tulisan tangan atau komputer?

Klik SINI