2:25 PM -
No comments
Ada Apa Dengan Cinta
Cinta memang mudah diucap tetapi payah untuk memahami makna mahabbah disebaliknya. Cinta adalah mahabbah. Mahabbah adalah sesuatu kecantikan yang amat tinggi nilainya. Dalam disiplin ilmu tazkiyatun-nafs, mahabbah bererti patuh kepada Allah swt dan membenci sikap yang melawan kepadanya.
“(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu2 (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang2 yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang2 yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).” (2:165)
Menurut Syeikh Ibnul Qayyim rh, seorang ulama di abad ke-7, ada enam peringkat cinta (maratibul-mahabbah), iaitu:
Menurut Syeikh Ibnul Qayyim rh, seorang ulama di abad ke-7, ada enam peringkat cinta (maratibul-mahabbah), iaitu:
1. Peringkat ke 1 dan yang paling tinggi/agung adalah tatayyum, yang merupakan hak Allah semata-mata.”Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Rabbul ‘alamiin.”
“Sedang orang2 yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.” (2:165)
2. Peringkat ke 2; ‘isyk yang hanya merupakan hak Rasulullah saw. Cinta yang melahirkan sikap hormat, patuh, ingin selalu membelanya, ingin mengikutinya, mencontohinya dan sebagainya, namun bukan untuk menghambakan diri kepadanya.
“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihani kamu serta mengampunkan dosa2 kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (3:31)
3. Peringkat ke 3; syauq iaitu cinta antara mukmin dengan mukmin yang lainnya. Antara suami isteri, antara orang tua dan anak, yang membuahkan rasa mawaddah wa rahmah.
4. Peringkat ke 4; shababah iaitu cinta sesama muslim yang melahirkan ukhuwah islamiyyah.
5. Peringkat ke 5; ithf (simpati) yang ditujukan kepada sesama manusia. Rasa simpati ini melahirkan kecenderungan untuk menyelamatkan manusia, berdakwah dan sebagainya.
6. Peringkat ke 6 adalah cinta yang paling rendah dan sederhana, iaitu cinta/keinginan kepada selain dari manusia; harta benda. Namun keinginan ini sebatas pemanfaatan.
0 comments:
Post a Comment