6:59 PM -
No comments
Jom BERSIH.
Salam 1 bersih.
Saban hari, saat televisyen di buka, saat akhbar diselak,terpampang cerita tentang BERSIH.
Saban hari, saat televisyen di buka, saat akhbar diselak,terpampang cerita tentang BERSIH.
Itu bagus kerana ia menunjukkan rakyat Malaysia secara amnya masih rendah tahap ‘kebersihan’, dari yang atas sampai yang bawah, kepelbagaian ‘kotor’nya. Tidak pasti benar atau tidak media massa pada akhir zaman ini. Moga setiap hari diingatkan tentang bersih, maka bersihlah negara dari bermacam-macam kotornya.
Semua bertitik tolak dari hati
Namun, mari kita berfikir sejenak. Segala aspek kehidupan ini bermula dari hati.
Hati yang kotor akan melahirkan tindak tanduk membahayakan diri dan insan seperti dengki misalnya, bermacam usaha dibuat untuk menjatuhkan lawan, sampai diri tidak sedar akan batas halal haram lantas memakan diri nanti pada hari yang pasti terjadi, perhitungan di mahsyar Ilahi.
Ketika kita sedang membaca tulisan ini, apakah dosa terakhir yang telah kita buat sebelum ini? Sekarang, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan, apakah kita telah melaluinya tanpa sebarang dosa apa pun yang terpalit di hati? Hakikatnya, kita semua pasti telah melakukan dosa, daripada sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya.
Walau sekecil mana sekalipun dosa itu, sekiranya kita lakukan, akan muncul tompok hitam yang bertandang ke hati. Lama-lama, kalau lah hati itu tidak dibersihkan, ia akan menjadikan diri kita untuk cenderung melakukan lebih banyak kemaksiatan lantas sukar untuk menerima taufiq dan hidayah Allah lagi. Kotor sudah hati itu.
"Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu.." (Al-Baqarah, 2:74)
Maka inilah pentingnya proses pembersihan hati sentiasa. Mungkin hati media juga perlu dibersihkan? Yalah, macam-macam ‘havoc’ akhir-akhir ini hasil laporan media. Sekadar lontaran (itupun jika ada hati).
Istighfar merawat hati
Seseorang pernah bertanya kepada Ibnul Jauzy,
“Manakah yang lebih baik untukku; bertasbih atau beristighfar?”
Jawapnya apa?
“Pakaian yang kotor lebih memerlukan sabun dari minyak yang wangi.”
“Orang yang selalu istighfar, Allah akan hilangkan keresahan yang dia rasakan, melapangkan kesempitan yang menimpanya dan akan diberikan rezekinya tanpa dia sangkakan.” ( HR Baihaqi)
Ini janji Allah pada kita:
"maka aku katakan kepada mereka: “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, (10) niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, (11) dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan [pula di dalamnya] untukmu sungai-sungai”
(Nuh,71: 10-12)
Dengan istighfar: Allah akan datangkan hujan. Allah akan banyakkan harta-harta kita dan anak, Allah akan adakan kebun-kebun dan juga sungai-sungai buat kita. Bukan sekadar bersih jadinya, malah melimpah-limpah rezeki jadinya. Insya-Allah,di mana ada kemahuan, Allah akan memudahkan kita untuk berubah. Namun hati ini mudah berbolak-balik, kejap a, kejap b.
Jangan risau.
"Bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, dan iringilah kesalahan kamu dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskan kesalahan tersebut dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik."
(HR Tirmidzi)
Berusahalah untuk memastikan hati kita sentiasa suci supaya rahmat dan barakah Allah mudah saja untuk kita merasai. Pendek kata tiada lagi 1001 alasan, mulakan sekarang dengan istighfar yang tak sesampai seminit pun melafazkannya,
Jadi tunggu apa lagi,
jom semua kita BERSIHkan hati!
0 comments:
Post a Comment