4:06 AM -
Islam,Zeto
No comments
Masa Itu Pantas Berlalu
"Barangsiapa yang tidak menyibukkan diri dalam kebaikan nescaya ia akan disibukkan dalam keburukan"
Demi Masa..
Rasulullah saw bersabda,"Perumpamaan orang yg mengingati Allah dgn orang yg tidak mengingati-Nya spt orang yg hidup dgn orang yg mati." (HR Bukhari)
Orang hidup yang sudah mati inilah yg kini banyak berkeliaran, mendominasi dan menebarkan 1001 masalah. Kadang kala kita pun takut kerana mereka ada di sekitar kita, bahkan kadang2 menjelma menjadi diri kita!
Rasulullah saw bersabda,"Ada dua nikmat, di mana banyak orang yg tertipu dgn keduanya: nikmat sihat dan masa lapang." (HR Bukhari)
Ada tiga perkara yg takkan kita dapatkan kembali:
-kata2 yg telah diucapkan
-masa yg telah berlalu
-peluang yg diabaikan
Waktu adalah peluang untuk berprestasi. Imam Syafie rh ketika mengulas mengenai surah al-Ashr berkata,"Seandainya manusia memahami ayat ini cukuplah agama ini baginya..." Apa maksudnya? Kehidupan ini adalah kumpulan waktu. Yg tak mampu menggunakan waktu dialah orang yg dijamin bakal rugi, persis spt orang yg mati.
Kita orang biasa, tentu banyak keterbatasan, kekurangan, kelemahan, kegagalan, kemalasan dan macam2 lagi. Cuba try test(salah grammar ni) ubah paradigma, cara pandang kita. Jgn menyalahkan keadaan, tapi buatlah keadaan. Tak usah terlalu memikirkan kelemahan, tapi ubahlah keterbatasan menjadi tangga2 prestasi,amal2 terpuji! Bicaralah dgn kerja.Hidup ceria dgn kretiviti. Sucikan jiwa agar bahagia.
Kuncinya kretiviti, berfikir diluar kotak untuk mengatasi keadaan. Nabi Ya'qub as telah mengajarkan. Janganlah kalian masuk ke negeri Mesir melalui satu pintu saja, tetapi melalui berbagai pintu. Allah abadikan di dalam (Yusuf:67). Waktu kita sama, dalam sehari 24 jam. Cara kita menggunakan waktu itulah yg membuat kita berbeza.
Belajar dari orang yg berjaya. Berfikir sukses dan bekerja sukses. Ubah kebiasaan negatif kpd kebiasaan positif, kerana at the first you make habbits, at the last habbits make you..Hasilkan gagasan baru dan cemerlang. Bangunkan jiwa. Tata hari-hari kita dgn amal. Raih prestasi dan jaga komitmennya. Wujudkan matlamat2 yg ingin dicapai. Tetap ikhlas dan bersyukur dgn nikmat kurniaan-Nya.
Cukup? Tentu tidak. Lebarkan sayap kebaikan. Jadikan diri pintu kebaikan kpd orang lain. Raih nilai lebih. Panjangkan usia dgn ilmu yg bermanfaat. Gandakan umur dgn bnyk berbicara memperbanyak bekal di alam kubur. Inspirasi terbesar adalah dari al-Quran. Ya, manual hidup saya dan anda!
Ayuh beramal, sekarang! kerana masa itu pantas berlalu..
0 comments:
Post a Comment