
Trilogi tarbiyah : tilawah, tazkiyah dan taa’lim
boleh cek dalam surah Al-baqarah 151 (susunan dimulakan dengan tilawah, kemudian tazkiyah, kemudiannya, mengajarkan)
boleh cek juga dalam Al-jumuah dan juga surah ali-imran 164 . Triloginya dalam turutan yang sama ( tilawah, tazkirah, dan ta’alim)
- haish, bukak tak Quran ni ?hehhee,…. kene baca Quran sebab nanti tak faham apa saya tulis ni)
kecualilah dalam satu surah, surah baqarah ayat 129. susunan dia berlainan sedikit. tilawah-taalim-tazkiyah.
ini menunjukkan penekanan yang tinggi dan lebih kepada aspek tilawah-tazkiyah- taalim, berbanding, tilawah-talim- tazkiyah.
Inilah trilogi tarbiyah kita.
Bukan sekadar transfer ilmu.
bukan sekadar mendoktrin dan meniru.
ia mengubah manusia, merevolusikan(inqilabiyah) dirinya dari jahiliyah kepada islam. Mengislahkan dirinya dari sibghah taghut, kepada sibghah Allah.
Dan beginilah susunan tarbiyah kita… ia perlu ada trilogi ini.
Dalam setiap daurah, dalam setiap usrah, mukhayam dan sebagainya, tarbiyah kita perlu ada trilogi ini.
Itulah dia:
Tilawah = Memberi ilmu agar tahu
Tazkiyah = membersihkan hati, agar termotivasi menjadi mahu
Taalim= mengajarkan dan meningkatkan kapasiti diri sehingga menjadi mampu!